Friday, October 22, 2010

Guru Untuk Pendidikan Sivik dan Kenegeraan

Sebagai langkah Kerajaan Malaysia yang serius melahirkan masyarakat Malaysia yang peka, bersatu, teguh dan cinta kepada diri, keluarga, masyarakat, negara serta sentiasa berpandangan jauh telah membawa kepada perangkaan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dalam sistem pelajaran Malaysia setelah dihentikan beberapa dekat lepas. Dalam perlaksanaan kurikulum, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan telah diletakkan dibawah bidang Kemanusiaan dan mula dilaksanakan pada tahun 2004 sebagai matapelajaran wajib secara berperingkat di sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh negara.


Setelah 6 Tahun perlaksanaannya, hakikatnya telah wujud beberapa dilemma yang timbul dalam kalangan masyarakat terutama di institusi pendidikan dan para pelajar khususnya. Apa yang dihadapi kini dalam konteks sekolah, dilihat sendiri dimana stigma pelajar bahkan ibubapa yang menganggap Pendidikan Sivik dan Kenegaraan sebagai subjek tidak penting lantas memandang ringan kepentingannya yang sebenarnya menyumbang dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam pelbagai aspek.


Hal ini juga membawa senario dimana pendidikan sivik dilihat sebagai matapelajaran kelas kedua seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Moral kerana matapelajaran ini hanya dinilai dalam pentaksiran dalaman. Perkara ini telah mengukuhkan tangapan bahawa matapelajaran ini tidak penting terutama dalam sistem pelajaran yang berorentasikan peperiksaan. Hal ini dibuktikan melalui pelajar lebih cenderung tidur semasa pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan bagi matapelajaran ini.


Hal menjadi lebih parah apabila guru dan pentadbir sekolah yang melabel matapelajaran ini sebagai sampingan sahaja sehingga ada yang mempertikaikan kewujudannya kerana silibus yang sama sudah sedia ada dalam Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu, dan Kajian tempatan. Justeru fungsi dan kepentingan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan tidak lagi dititikberat berbanding matapelajaran lain.


Sebagai bukti, perlaksanaan subjek ini di sesetengah sekolah yang meletakkan guru yang tidak memiliki latarbelakang akademik berkaitan dan yang tidak minat mengajar matapelajaran ini disekolah. Apa yang dibimbangi ialah, perkara ini yang menjadikan keberkesanan dan matlamat matapelajaran sivik tidak tercapai. Pelajar merasa bosan dengan matapelajaran ini kerana pelajar masih tidak faham konteks kurikulum disebabkan faktor guru mengajar adalah guru bidang terjun.


Terdapat juga kes di sekolah sendiri dimana guru sains dan matematik diserap untuk mengajar sivik sebagai mengisi jadual waktu kerana hakiki kini terdapat lambakan guru sains berbanding dalam bidang sastera dan sains sosial. Keadaan ditambah lagi dengan guru-guru mengambil kesempatan masa pendidikan Sivik untuk mengajar mata pelajaran yang lebih penting dan kritikal seperti Matematik dan Sains.


Perkara seperti ini tumbul daripada sikap semua pihak yang masih tidak mengetauhi definisi sebenar pendidikan sivik dan apa yang pelajar bakal perolehi daripada kurikulum ini. Sikap tangkap lepas pengetua dan akur tidak akur guru matapelajaran dalam melaksanakan matapelajaran perdana kerajaan ini menjadikan subjek ini bukan sahaja seperti tidak menarik bahkan dipinggirkan dalam arus kesibukan mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi.


Setakat ini hanya UPSI sahaja melahirkan guru khas dalam pengkhususan Sivik dan Kenegaraan iaitu dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Malaysia dan Kenegaraan) dan Diploma Siswazah Pendidikan Sivik. Namun jumlah graduannya adalah sedikit dan masih tidak mampu menampung keperluan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Negara. Sebolehnya lebih banyak pengkhususan Sivik boleh dirangka di universiti lain terutama Sarjana Muda Pendidikan Sains Sosial di UMS dan Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di USM.


Kerajaan Malaysia melalui Kementeriannya perlu segera melahirkan lebih ramai guru opsyen pengkhususan dalam matapelajaran ini bagi mengatasi kemelut yang melanda kurikulumPendidikan Sivik dan Kenegaraan ini. Setulusnya pihak Kementerian Pelajaran seharusnya bertanggungjawab memastikan hanya pendidikan dan pengajaran berkualiti diterima anak-anak Malaysia daripada guru-guru bertauliah