Sehingga kini kedua-dua kementerian ini masih meneruskan tradisi melahirkan guru untuk keperluan pendidikan di Malaysia dimana KPM bertugas melahirkan guru sekolah rendah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)/ Maktab perguruan dan KPT bertugas melatih guru sekolah menengah di IPTA. Semenjak diasingkan terdapat dua institusi besar berlainan kementerian bertugas melahirkan keperluan guru pelbagai bidang di Malaysia. Setelah beberapa tahun selepas Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) dilaksanakan beberapa masalah dapat dikesan setelah pemerhatian dengan lebih lanjut. Impak yang dikuatiri berlaku disini adalah kemungkinan berlaku diskriminasi dan pentarafan label keluaran pendidikan dimana akan lahirlah dua kelas guru di mana guru lepasan Universiti dan guru lepasan Institut. Guru IPG hanya dibenarkan mengajar di Sekolah Rendah dan lepasan Universiti akan mengajar di Sekolah Menengah.
Hal ini sebenarnya memberi kesan kepada keluaran IPGM kerana dikuatiri guru akan dikategorikan seperti ‘dia guru lepasan maktab manakala dia guru lepasan universiti’. Semestinya masyarakat akan lebih kagum dengan guru keluaran Universiti berbanding keluaran maktab perguruan. Keadaan sedemikian amat malang bagi pelajar IPGM yang rata-rata mereka adalah pelajar cemerlang. Berbeza dengan rakan-rakannya sebaya lepasan STPM/ setaraf yang dahulunya berkeputusan sedehana, kini bakal menjadi guru lepasan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, atau Universiti Sains Malaysia yang sudah lama tersohor ditanah air dan antarabangsa. Pelajar IPG terpaksa menerima bahawa mereka memegang ijazah yang bukan Ijazah dari institusi bertaraf universiti, masa depan mereka juga telah ditetapkan hanya menjadi guru sekolah rendah. Inilah antara hakikat yang perlu diterima pelajar lepasan IPG selepas bergraduasi dan berada di alam pekerjaan kelak. Mereka tidak sebertuah kepada rakan ‘guru lepasannya universiti’ yang belajar dalam warna-warni universiti, pensyarah yang hebat, kualiti bahan rujukan dan akademik yang banyak di dalam universiti yang berprestij yang sudah dikenali ramai.
Pada khemah saya, seorang guru berijazah seharusnya boleh mengajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah menggunakan Ijazah dimilikinya begitu juga sebaliknya. Tidak perlu dikhususkan yang IPG melahirkan guru sekolah rendah dan Universiti melahirkan guru sekolah menegah kerana kedua-dua adalah lepasan ijazah. Kelayakan Ijazah Sarjana Muda sudah cukup tinggi dan layak untuk mengajar pelajar sekolah rendah, pelajar bertaraf sekolah menegah, pelajar Kolej, pelajar institusi, pelajar dewasa, mahupun orang profesional. Saya tidak nampak disini apa keperluan pengeluaran guru diasingkan seperti sekarang. Dengan kurikulum yang diajar di IPG dan universiti tidak ada masalah untuk guru IPG mengajar disekolah menengah begitu juga sebaliknya bagi keluaran Universiti.
Apa yang menjadi kerisauan saya adalah jika berterusan tanpa tindakan segera pihak KPM akan menyebabkan senario seperti pelajar, masyarakat, sektor pekerjaan akan lebih mengagumi guru lepasan Universiti berbanding guru lepasan institusi/maktab. Lebih teruk lagi jika IPG dan keluarannya akan dianggap kelas kedua, justeru tidak mampu bersaing bagi mendapat peluang pekerjaan di ‘open market’, tidak diterima institusi latihan dan sektor swasta kerana seperti diketauhi ia adalah latihan guru untuk sekolah rendah. Seperti sedia maklum graduan IPGM diserap 100% menjadi guru di sekolah rendah kerana pengajian dibiayai sepenuhnya KPM. Namun jika ketidakramalan yang mungkin berlaku kepada seseorang graduan IPG, agak sukar bagi seorang graduan itu mencari pekerjaan lain selain guru sekolah rendah kerajaan.
Hal berbeza jika dibanding keluaran ISM Pendidikan dari universiti yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih meluas daripada ISM Perguruan keluaran IPG. Hal ini amat tidak adil sedangkan kedua-dua mereka pelajar cemerlang, tidak dinafikan lepasan SPM yang diserap IPGM adalah dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang, tidak dinafikan juga pelajar lepasan STPM yang diserap universiti adalah pelajar-pelajar yang hebat kerana telah berjaya ke universiti dan melalui peperiksaan STPM. Kedua-duanya hebat tapi tidak adil kepada pelajar IPG kerana mereka lebih sinonim kepada guru sekolah rendah atau jaguh kampung. Pada khemah saya, seeloknya program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk lepasan SPM ini dikaji sebaiknya kewajarannya oleh pihak KPM.
Tuesday, November 9, 2010
Friday, October 22, 2010
Guru Untuk Pendidikan Sivik dan Kenegeraan
Sebagai langkah Kerajaan Malaysia yang serius melahirkan masyarakat Malaysia yang peka, bersatu, teguh dan cinta kepada diri, keluarga, masyarakat, negara serta sentiasa berpandangan jauh telah membawa kepada perangkaan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dalam sistem pelajaran Malaysia setelah dihentikan beberapa dekat lepas. Dalam perlaksanaan kurikulum, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan telah diletakkan dibawah bidang Kemanusiaan dan mula dilaksanakan pada tahun 2004 sebagai matapelajaran wajib secara berperingkat di sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh negara.
Setelah 6 Tahun perlaksanaannya, hakikatnya telah wujud beberapa dilemma yang timbul dalam kalangan masyarakat terutama di institusi pendidikan dan para pelajar khususnya. Apa yang dihadapi kini dalam konteks sekolah, dilihat sendiri dimana stigma pelajar bahkan ibubapa yang menganggap Pendidikan Sivik dan Kenegaraan sebagai subjek tidak penting lantas memandang ringan kepentingannya yang sebenarnya menyumbang dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Hal ini juga membawa senario dimana pendidikan sivik dilihat sebagai matapelajaran kelas kedua seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Moral kerana matapelajaran ini hanya dinilai dalam pentaksiran dalaman. Perkara ini telah mengukuhkan tangapan bahawa matapelajaran ini tidak penting terutama dalam sistem pelajaran yang berorentasikan peperiksaan. Hal ini dibuktikan melalui pelajar lebih cenderung tidur semasa pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan bagi matapelajaran ini.
Hal menjadi lebih parah apabila guru dan pentadbir sekolah yang melabel matapelajaran ini sebagai sampingan sahaja sehingga ada yang mempertikaikan kewujudannya kerana silibus yang sama sudah sedia ada dalam Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu, dan Kajian tempatan. Justeru fungsi dan kepentingan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan tidak lagi dititikberat berbanding matapelajaran lain.
Sebagai bukti, perlaksanaan subjek ini di sesetengah sekolah yang meletakkan guru yang tidak memiliki latarbelakang akademik berkaitan dan yang tidak minat mengajar matapelajaran ini disekolah. Apa yang dibimbangi ialah, perkara ini yang menjadikan keberkesanan dan matlamat matapelajaran sivik tidak tercapai. Pelajar merasa bosan dengan matapelajaran ini kerana pelajar masih tidak faham konteks kurikulum disebabkan faktor guru mengajar adalah guru bidang terjun.
Terdapat juga kes di sekolah sendiri dimana guru sains dan matematik diserap untuk mengajar sivik sebagai mengisi jadual waktu kerana hakiki kini terdapat lambakan guru sains berbanding dalam bidang sastera dan sains sosial. Keadaan ditambah lagi dengan guru-guru mengambil kesempatan masa pendidikan Sivik untuk mengajar mata pelajaran yang lebih penting dan kritikal seperti Matematik dan Sains.
Perkara seperti ini tumbul daripada sikap semua pihak yang masih tidak mengetauhi definisi sebenar pendidikan sivik dan apa yang pelajar bakal perolehi daripada kurikulum ini. Sikap tangkap lepas pengetua dan akur tidak akur guru matapelajaran dalam melaksanakan matapelajaran perdana kerajaan ini menjadikan subjek ini bukan sahaja seperti tidak menarik bahkan dipinggirkan dalam arus kesibukan mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi.
Setakat ini hanya UPSI sahaja melahirkan guru khas dalam pengkhususan Sivik dan Kenegaraan iaitu dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Malaysia dan Kenegaraan) dan Diploma Siswazah Pendidikan Sivik. Namun jumlah graduannya adalah sedikit dan masih tidak mampu menampung keperluan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Negara. Sebolehnya lebih banyak pengkhususan Sivik boleh dirangka di universiti lain terutama Sarjana Muda Pendidikan Sains Sosial di UMS dan Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di USM.
Kerajaan Malaysia melalui Kementeriannya perlu segera melahirkan lebih ramai guru opsyen pengkhususan dalam matapelajaran ini bagi mengatasi kemelut yang melanda kurikulumPendidikan Sivik dan Kenegaraan ini. Setulusnya pihak Kementerian Pelajaran seharusnya bertanggungjawab memastikan hanya pendidikan dan pengajaran berkualiti diterima anak-anak Malaysia daripada guru-guru bertauliah

Tuesday, July 27, 2010
Bimbingan Kaunselor dan Pendidikan Islam di Malaysia GAGAL
Saban hari kedengaran isu kes buang anak, isu pelajar mengandung, isu disiplin pelajar menghantui segenap lapisan masyarakat. Kedengaran seperti isu ini menjadi semakin barah yang sentiasa meracuni masa depan Negara yang bakal dipenuhi masyarakat luar nikah, seks bebas, biadap dan bertindak atas nafsu semata-mata.
Benar jika diikutkan semua pihak menunding jari siapa salah dan siapa yang patut dipertanggungjawabkan disini. Jika berbincangkan fasal anak pastinya ibubapa yang diberi keutamaan dipersalahkan, jika dibincang dari konteks pelajar guru yang pasti dikaitkan.
Persoalan disini adakah selama ini hanya pihak ini dipertanggungjawabkan untuk mengkhususkan dalam hal seperti keruntuhan social anak-anak, muda-mudi yang tidak lagi sembahyang, pertuturan lazim mencarut, tidak menghormati lebih berusia, seumpama muda-mudi kini tiada ‘boundaries’ dalam segala aspek.
Persoalan disini apakah yang perlu dilakukan supaya Timur tidak berubah menjadi Barat, Islam tidak berubah menjadi Kafir.

Subscribe to:
Comments (Atom)