Tuesday, November 9, 2010

Aparthied graduan Pendidikan

Sehingga kini kedua-dua kementerian ini masih meneruskan tradisi melahirkan guru untuk keperluan pendidikan di Malaysia dimana KPM bertugas melahirkan guru sekolah rendah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)/ Maktab perguruan dan KPT bertugas melatih guru sekolah menengah di IPTA. Semenjak diasingkan terdapat dua institusi besar berlainan kementerian bertugas melahirkan keperluan guru pelbagai bidang di Malaysia. Setelah beberapa tahun selepas Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) dilaksanakan beberapa masalah dapat dikesan setelah pemerhatian dengan lebih lanjut. Impak yang dikuatiri berlaku disini adalah kemungkinan berlaku diskriminasi dan pentarafan label keluaran pendidikan dimana akan lahirlah dua kelas guru di mana guru lepasan Universiti dan guru lepasan Institut. Guru IPG hanya dibenarkan mengajar di Sekolah Rendah dan lepasan Universiti akan mengajar di Sekolah Menengah.

Hal ini sebenarnya memberi kesan kepada keluaran IPGM kerana dikuatiri guru akan dikategorikan seperti ‘dia guru lepasan maktab manakala dia guru lepasan universiti’. Semestinya masyarakat akan lebih kagum dengan guru keluaran Universiti berbanding keluaran maktab perguruan. Keadaan sedemikian amat malang bagi pelajar IPGM yang rata-rata mereka adalah pelajar cemerlang. Berbeza dengan rakan-rakannya sebaya lepasan STPM/ setaraf yang dahulunya berkeputusan sedehana, kini bakal menjadi guru lepasan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, atau Universiti Sains Malaysia yang sudah lama tersohor ditanah air dan antarabangsa. Pelajar IPG terpaksa menerima bahawa mereka memegang ijazah yang bukan Ijazah dari institusi bertaraf universiti, masa depan mereka juga telah ditetapkan hanya menjadi guru sekolah rendah. Inilah antara hakikat yang perlu diterima pelajar lepasan IPG selepas bergraduasi dan berada di alam pekerjaan kelak. Mereka tidak sebertuah kepada rakan ‘guru lepasannya universiti’ yang belajar dalam warna-warni universiti, pensyarah yang hebat, kualiti bahan rujukan dan akademik yang banyak di dalam universiti yang berprestij yang sudah dikenali ramai.





Pada khemah saya, seorang guru berijazah seharusnya boleh mengajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah menggunakan Ijazah dimilikinya begitu juga sebaliknya. Tidak perlu dikhususkan yang IPG melahirkan guru sekolah rendah dan Universiti melahirkan guru sekolah menegah kerana kedua-dua adalah lepasan ijazah. Kelayakan Ijazah Sarjana Muda sudah cukup tinggi dan layak untuk mengajar pelajar sekolah rendah, pelajar bertaraf sekolah menegah, pelajar Kolej, pelajar institusi, pelajar dewasa, mahupun orang profesional. Saya tidak nampak disini apa keperluan pengeluaran guru diasingkan seperti sekarang. Dengan kurikulum yang diajar di IPG dan universiti tidak ada masalah untuk guru IPG mengajar disekolah menengah begitu juga sebaliknya bagi keluaran Universiti.



Apa yang menjadi kerisauan saya adalah jika berterusan tanpa tindakan segera pihak KPM akan menyebabkan senario seperti pelajar, masyarakat, sektor pekerjaan akan lebih mengagumi guru lepasan Universiti berbanding guru lepasan institusi/maktab. Lebih teruk lagi jika IPG dan keluarannya akan dianggap kelas kedua, justeru tidak mampu bersaing bagi mendapat peluang pekerjaan di ‘open market’, tidak diterima institusi latihan dan sektor swasta kerana seperti diketauhi ia adalah latihan guru untuk sekolah rendah. Seperti sedia maklum graduan IPGM diserap 100% menjadi guru di sekolah rendah kerana pengajian dibiayai sepenuhnya KPM. Namun jika ketidakramalan yang mungkin berlaku kepada seseorang graduan IPG, agak sukar bagi seorang graduan itu mencari pekerjaan lain selain guru sekolah rendah kerajaan.

Hal berbeza jika dibanding keluaran ISM Pendidikan dari universiti yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih meluas daripada ISM Perguruan keluaran IPG. Hal ini amat tidak adil sedangkan kedua-dua mereka pelajar cemerlang, tidak dinafikan lepasan SPM yang diserap IPGM adalah dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang, tidak dinafikan juga pelajar lepasan STPM yang diserap universiti adalah pelajar-pelajar yang hebat kerana telah berjaya ke universiti dan melalui peperiksaan STPM. Kedua-duanya hebat tapi tidak adil kepada pelajar IPG kerana mereka lebih sinonim kepada guru sekolah rendah atau jaguh kampung. Pada khemah saya, seeloknya program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk lepasan SPM ini dikaji sebaiknya kewajarannya oleh pihak KPM.

No comments:

Post a Comment